++JANGAN BIARKAN SEHARI DALAM HIDUPMU TANPA MEMIKIRKAN TENTANG ISLAM

Monday, April 23, 2012

KopieSatu boleh menandingi Starbucks dan Coffee Bean


KopieSatu Semakin Menyerlah Di Dunia Kopi Istimewa

KUALA LUMPUR, 11 Nov 2010 (Bernama) -- Kopi merupakan minuman paling dinikmati di seluruh dunia. Kenikmatan minuman ini dikongsi bersama oleh semua orang daripada pelbagai negara dan budaya.
Menurut edisi 2010 Laporan Statistik Kopi, minuman ini berada di belakang petroleum sebagai komoditi paling banyak diurusniaga di dunia, iaitu lebih kurang 400 bilion cawan diminum setiap tahun.Minat terhadap kopi di Malaysia dapat dilihat daripada kopitiam yang kita sudah biasa dengan bau harum biji kopi yang baru digiling selepas direndang dengan dicampur gula, marjerin dan tepung, dan selepas itu dibru menjadi kopi yang pekat dan dihidangkan dengan cawan-cawan tembikar.

Sementara warga desa dan peminat kopi veteran berpuashati dengan keenakan kopi tanpa mengendahkan jenama, dan kurang memberi perhatian kepada persekitaran mereka; penduduk bandar-bandar - khasnya golongan muda yang suka bergaya - beratur panjang di francais-francais kopi seperti San Francisco, Gloria Jeans, Starbucks, dan Coffee Bean, yang menawarkan pelbagai jenis kopi berjenama bersama pelbagai perisa eksotik.

Pelanggan mewah ini kini mempunyai satu pilihan jenama tempatan iaitu KopieSatu, satu adunan kopi premium istimewa yang dicipta oleh FAMA, yang semakin boleh dilihat di bistro dan kafe popular di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.




Mindahana: Pertama kali saya minum KopieSatu semasa di MAHA 2010. Memang sedap!

BAGAIMANA IA BERMULA
Pada 1974, semasa industri kopi menghadapi kesukaran, FAMA membuka sebuah kilang kopi di Banting, Selangor, yang membawa harapan bagi penanam kopi di Kedah, Selangor dan Johor.

Kilang ini membeli kesemua biji kopi liberica yang dikeluarkan oleh warga tempatan, bersama biji kopi robusta yang dimport dari Indonesia dan memprosesnya menjadi serbuk kopi yang diedarkan ke kedai-kedai kopi di seluruh Semenanjung.
Operasinya kemudian diperluaskan untuk turut mengeluarkan uncang kopi 'Anggerik 3-in-1' menggunakan biji kopi robusta yang ditanam di Sabah dan Sarawak. KopieSatu adalah hasil ilham mantan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu melihat satu jenama tempatan bersaing dengan tawaran kopi istimewa yang didominasi oleh francais asing di sini.

Kopi istimewa ini pula boleh dikatakan tidak dibru menggunakan mana-mana satu jenis biji kopi. Amalan lazim ialah untuk mengadun biji kopi berlainan yang berlawanan rasa untuk mendapatkan rasa yang lebih lembut.

Proses adunan, yang kini telah menjadi satu seni, mewujudkan rasa yang lebih hebat daripada setiap satu jenis kopi yang diadun itu.
"Walaupun biji Arabica adalah yang terbaik dan menawarkan rasa yang kaya dan berperisa tinggi, rahsia dalam menghasilkan rasa yang unik dan tersendiri bergantung kepada proses adunan dan teknik rendang", kata Pengerusi Hab Operasi KopieSatu, Shikh Maidin Abdul Kadir kepada Bernama.
"Mencari satu lagi kopi istimewa yang mempunyai perisa serta kualiti tersendiri merupakan tugas yang sukar. Ia mengambil masa hampir tiga tahun untuk mendapatkan formula bagi adunan yang tepat serta teknik merendang untuk menghasilkan KopieSatu", tambah Shikh Maidin.
Akhirnya, KopieSatu, yang diadun daripada campuran tiga jenis biji kopi Arabica yang diimport dari Indonesia, pertama kali muncul pada 2003 bersama enam menu kopi.PERKENAL RASA KEPADA ORANG RAMAI
KopieSatu diperkenalkan kepada umum di konvensyen-konvensyen kebangsaan dan peringkat negeri serta pameran seperti Hari Petani, Penternak dan Nelayan yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian.
Lima karavan muncul bersilih ganti untuk mempromosi KopieSatu di Semua House di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur; kampus UIAM di Gombak; kampus UPM di Serdang; serta Pasar Tani di Shah Alam, Kelana Jaya dan Putrajaya.
Untuk mengukur penerimaan antarabangsa, minuman ini juga dihidangkan pada acara sukan bermotor antarabangsa dan acara-acara sukan, termasuk pameran antarabangsa seperti acara dwi-tahunan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).


Mindahana: Konsep Kopie Satu yang dijual di atas karavan merupakan satu strategi pemasaran yang dinamik dan proaktif dalam usaha untuk memperkenalkan jenapa KopieSatu di pasaran.
Di ibu pejabatnya, FAMA menjalankan sesi ujian rasa bersama pakar-pakar peras kopi dan para diplomat untuk mendapatkan pendapat mereka berhubung perisa, warna dan aroma pelbagai kopi istimewa. Minuman ini menerima sambutan baik daripada mereka.
Hasil daripada penyelidikan insentif dan pembangunan produk, KopieSatu kini dihidangkan dalam 23 menu dengan slogan "Keenakan Rasa Untuk Anda"

GALAK PENYERTAAN BUMIPUTERA

"Sebagai satu inisiatif untuk membangunkan sebuah pasaran bagi kopi Malaysia dan menggalakkan industri pertanian tempatan, KopieSatu merupakan platform paling baik untuk menceburi industri kopi bagi usahawan Bumiputera yang terbabit dalam industri kecil dan sederhana", kata Pengerusi FAMA Datuk Paduka Haji Badruddin Amiruldin di pelancaran pengedaran KopieSatu di Restoran Seri Bidara di Bandar Sunway, baru-baru ini.
Restoran Seri Bidara merupakan kedai makan pertama untuk menawarkan keseluruhan 23 galeri menu KopieSatu. Pemiliknya berusia 23-tahun Ahmad Shafeez Ibrahim, yang berkelulusan diploma dalam Pengurusan Perniagaan dan Seni Masakan, merancang untuk membuka lima lagi kedai kopi yang sama dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Bagi mereka yang berminat untuk turut serta dalam perniagaan KopieSatu, FAMA telah menyediakan tiga mod penyertaan yang disediakan khusus untuk memenuhi keperluan berbeza bagi mereka yang berminat dalam perniagaan minuman kopi.
Mereka yang baru mahu bermula mempunyai pilihan sama ada untuk melabur dalam satu warung tetap yang memerlukan pelaburan sebanyak RM35,000, atau pelaburan RM150,000 bagi karavan bergerak.
Selain daripada kiosk atau kenderaan bermotor dan pengubahsuaian bagi karavan; kos itu turut mengambil kira pakaian seragam, mesin untuk bru kopi, peralatan lain, dan latihan intensif seminggu bagi dua orang, yang dijalankan di Pusat Hab Operasi KopieSatu FAMA di Puchong.
Mereka yang sudahpun mempunyai kedai hanya perlu melabur RM30,000 bagi peralatan, pakaian seragam serta latihan sebelum mereka boleh menghidangkan KopieSatu di permis perniagaan mereka.
Bukan seperti jenama kopi gourmet yang lain, usahawan KopieSatu tidak dikenakan bayaran deposit francais yang tinggi.
Untuk memastikan setiap bru itu unggul dan kepuasan pada setiap cawan, kesemua kedai KopieSatu dilengkapi secara profesional Mesin Espresso Mairali yang dikilangkan di Singapura di bawah lesen Quality Espresso di Sepanyol. Bersama pakej pelaburan yang menarik ini, FAMA telah menetapkan sasarannya untuk mewujudkan 50 orang usahawan KopieSatu menjelang hujung tahun ini.
KopieSatu JELAS MENYERLAH
Dalam gaya hidup pesat hari ini, menikmati segelas kopi panas yang menyegarkan sambil membaca buku, mendengar muzik yang diminati atau berbual bersama rakan-rakan karib; mungkin sesuatu yang begitu hebat rasanya. Dengan lebih ramai pengguna menemui tahap kualiti dan perisa pada KopieSatu, banyak pertanyaan diterima daripada pelabur dan usahawan yang berminat.
Selain daripada itu operasi peruncitan sedia ada merentasi kawasan-kawasan perumahan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang; termasuk agro-bazaar di kawasan R&R di sepanjang lebuh raya PLUS, FAMA telah menerima permintaan daripada Terengganu, Kelantan, Johor dan Sabah.
Terdapat rancangan untuk memperkenalkan KopieSatu di luar negara. Menurut Shikh Maidin, rundingan untuk memulakan sebuah kedai Kopiesatu di Perth, Australia sedang dijalankan.
"FAMA akan mencari jalan bersama Perbadanan Pembangunan Pelancongan (TDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk menggunakan kelebihan daripada Kempen Global Dapur Malaysia dan memperkenalkan KopieSatu di arena antarabangsa", kata Badruddin.
Sementara itu, mereka yang beraspirasi untuk menjadi usahawan KopieSatu boleh sama ada menghubungi terus ibu pejabat FAMA di 03-61262020 atau Pusat Operasi Hab FAMA di Puchong Jaya di 03-58824172 .

Monday, December 12, 2011

Perkahwinan Jahiliah Menggalakkan Maksiat


7Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Rakan-Rakanku.

Assalamualaikum.


Kahwin? Kahwin bukan susah. Kalau kita betul-betul ikut landasan agama Islam tentang perkahwinan. Kahwin bertujuan untuk menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dengan mengucapkan kata-kata yang menunjukkan nikah mengikut peraturan yang ditetapkan agama Islam. Kahwin adalah wajib bagi mereka-mereka yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat sedangkan mereka mampu untuk mendirikan rumah tangga. Mampu membayar mas kahwin dan mampu memberi nafkah kepada isterinya. Kebanyakkan hamba Allah ini keliru antara mas kahwin dan wang hantaran. Mas kahwin merupakan satu pemberian yang wajib daripada suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Sabda Rasulullah SAW:
"carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin diperbuat daripada besi" - (Riawayat Bukhari)

Dari hadith diatas, nyatalah mas kahwin boleh dijadikan dari apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sperti wang ataupun barang-barangan. Di Malaysia, mas kahwin adalah berbeza-beza mengikut negeri. Tetapi kebanyakanya tidaklah melebihi RM1ribu. Manakala wang hataran hanyalah hadiah yang ikhlas dari pihak suami kepada isterinya. Mas kahwin adalah wajib manakala wang hantaran cuma hadiah yang dilakukan mengikut adat. Tetapi zaman sekarang manusia banyak melebihkan wang hataran sebagai point utama sesuatu majlis perkahwinan. Adat Melayu melebihi agama Islam. Itu menunjukkan kejahilan umat manusia pada masa kini. Adakah anda?

Wang hantaran bergantung kepada taraf pendidikan dan pekerjaan si isteri. Makin tinggi taraf pendidikan si isteri atau pekerjaanya maka makin tinggilah nilai wang hantaranya. Walaupon huruf-huruf arab pon si isteri tidak mengenalinya. Bahkan khatam Al-Quran. Seperti si Ayah menjual anak perempuanya kepada seorang lelaki yang bakal menanggung dosa-dosa anak perempuanya itu. Sedarkah wahai si Ayah? Kalau tidak punyai RM20ribu untuk wang hantaran, lupakanlah sahaja niatmu wahai jahiliah.

Apa yang wajib dalam perkahwinan adalah dengan mengikut rukun nikah iaitu, pengantin lelaki dan perempuan, wali dan dua orang saksi lelaki, dan ijab/qabul (akad nikah). Itu sahaja yang diperlukan untuk sesebuah majlis perkahwinan termasuklah mas kahwin dan kenduri kahwin (walimatulurus). Ada sesetengah ulama' mengatakan walimatulurus ini adalah sunat sahaja bagi mereka-mereka yang benar-benar tidak berkemampuan. Tujuan walimatulurus adalah untuk menghebahkan kepada orang ramai tentang perkahwinan tersebut bagi mengelakkan fitnah. Adakah syarat-syarat wajib ini susah?

Kenapa umat manusia era ini hanya mampu menggaru kepala bila diajukan tentang kahwin?
" duit tak cukup lagi nak kahwin, kahwin menelan belanja melebihi RM30ribu, mana nak cari"

Kebanyakkanya sanggup meminjam dari bank untuk mendirikan perkahwinan. Loan sana dan loan sini. Tahukan anda isteri anda adalah milik bank selagi anda tidak mampu menjelaskan hutang anda di bank? Jangan sentuh isteri anda selagi hutang bank tidak dijelaskan.

Cukuplah mengamalkan amalan-amalan jahiliah Melayu bila ingin melangsungkan perkahwinan. Disebabkan amalan-amalan jahiliah yang menelan belanja beribu-ribu ringgit inilah anak muda zaman sekarang ini susah untuk berkahwin. Bila mereka rasakan susah untuk berkahwin maka akan berlakulah maksiat di merata-rata tempat. Kenapa? Kerana majlis perkahwinan adalah mahal. Tidak mampu untuk melangsungkan walhal sudah wajib bagiku. Kenapa nak kena ikutkan adat-adat orang yang sudah bila melangsungkan perkahwinan? Kenapa nak buat pelamin mahal-mahal? Kenapa harus mengupah mak andam untuk bersolek seperti opera cina di hari perkahwinan? Kenapa harus bertukar-tukar baju? Kenapa harus mengupah photographer dan videographer mahal-mahal? Ini semua adalah disebabkan hati jahiliah manusia ingin berbeza dari orang yang sebelumnya. Malu jika orang mengutuk dan mengkeji majlis perkahwinanya nanti. Tidak perlu semua itu. Aktiviti jahiliah inilah yang menelan belanja beribu-ribu ringgit sebenarnya. Disebabkan inilah banyak pemuda pemudi tak berkahwin. Aku nak salahkan orang-orang yang berfikiran sempit bab kahwin ini. Kenapa lah kebanyakan Melayu aku begini? Malu aku.

Aku rasa mampu sahaja sekiranya mempunyai RM10ribu untuk menukarkan dari satu ikatan yang tidak sah kepada sah. Apa yang wajib anda mendapat pahala. Apa yang jahiliah anda mendapat dosa. Makin banyak duit dikeluarkan makin banyak dosa yang anda dapat. Tuhan bagi otak untuk berfikir. Jangan ikutkan orang jahiliah sebelum ini. Teruskan niat berkahwin anda. Selamat Pengantin Baru kepada umat Melayu yang bukan jahiliah. Moga dirahmati Allah SWT.

Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Rakan-Rakanku.

Kan manis jika duit kahwin yang lebih-lebih tu dijadikan tiket perjalan anda ke Tanah Suci Mekkah bersama pasangan anda.

p/s: Kahwinlah kamu selagi boleh berkahwin. Dunia semakin habis.



JIKA ANDA SALAH SEORANG MANGSA PERKAHWINAN JAHILIAH. PEDULIKAN APA MASYARAKAT CAKAP TENTANG MAJLIS PERKAHWINAN ANDA. ALLAH SWT LEBIH MENYAYANGI ANDA.

Saturday, December 10, 2011

Ambil tindakan ‘buat hudud pun tak jadi apa’!!!



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pihak berkuasa agama di negara ini digesa segera bertindak
terhadap pihak yang bertanggungjawab menerbit dan menyiarkan sebuah drama pendek
di Youtube yang secara terang-terangan menghina hukum Allah.


Drama pendek bertajuk 'Lagi Hudud PAS' itu didakwa telah menghina hukum hudud
dengan cuba memberi gambaran hudud bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah
malah menjadikan masalah lebih teruk.



"DPPM (Dewan Pemuda PAS Malaysia) mengharapkan pihak berkuasa dapat
mengambil tindakan wajar kepada mereka termasuk ke atas pemilik akaun
kawasaki9722 yang menyiarkan filem tersebut.



"Filem ini tidak menguntungkan sesiapa malah mengundang kebencian
ramai," kata ketua dewan itu Nasruddin Hassan kepada Harakahdaily.



Mengikut maklumat yang direkodkan, drama dengan tajuk 'Lagi Hudud PAS' itu
yang berdurasi 5 minit 34 saat dimuat naik sejak 21 November lalu oleh pemilik
akaun bernama kawasaki9722.



Sehingga berita ini ditulis, drama itu telah ditonton oleh 10,123 pengguna
dengan catatan 94 dari mereka menekan like dan 4,395 dislike.



Menggunakan lima pelakon Islam dan tiga bukan Islam, dialog drama ini
antara lain menyentuh isu HIV tertinggi di Kelantan sambil memperlekeh
hudud yang mahu dilaksanakan kerajaan negeri yang dipimpin PAS.



Malah mereka juga mendakwa ibu tunggal di Kelantan paling ramai dan rakyat
negeri itu juga paling ramai bekerja di tempat-tempat maksiat.



Dalam dialog itu juga turut menyebut "Buat hudud pun tak jadi apa" lalu disambung
seorang lagi dengan berkata "makin teruk ada la".



Sebelum ini negara kecoh dengan kenyataan Penasihat Agama Menteri Besar
Terengganu, Kamal Saidin dan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mempersenda
hukum Allah SWT dalam Majlis Wacana Hudud di Wisma MCA baru-baru ini
sedang beliau tiada autoriti untuk bercakap mengenai hukum Islam.



Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ust Fathul Bari selaku Pengerusi Sekretariat
Ulama Muda Umno sebagai salah seorang panel.



Belum pun reda dengan isu itu, umat Islam sekali lagi dicabar dengan penghinaan
hukum Allah melalui drama pendek tersebut.



Apa yang dikesalkan kata Nasruddin, kebebasan berkarya digunakan untuk menghina
hukum Allah SWT sedang mereka tanpa segan silu menikmati segala macam kemudahan, keselesaan dan nikmat anugerah Allah SWT di atas muka bumi ini.



"Pelaku yang mendalangi penghinaan terancang terhadap hukum Allah SWT
sedang berdepan dengan satu tanggungjawab yang sangat berat.



"Saya terlebih dahulu mewakili DPPM mengharapkan dalang dan para pelakon
muslimnya bertaubat kepada Allah SWT dan kembali ke pangkalan jalan," katanya.

keratan akbar ......

ini lah video yang dimaksyd kan ...link dibawah ini...
Siapa di sebalik video Sembang Rakyat yang menghina Islam? Ikuti pendedahan menarik di

Friday, July 22, 2011

5F Yang Diperkenalkan Oleh Yahudi

Bismillahirrahmanirrahim.....
Sesungguhnya orang Yahudi yang dilaknat Allah SWT sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan kata lain orang Yahudi ini mahu melihat sehingga ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.
Mereka tidak peduli sama ada orang Islam itu bersolat atau tidak, mampu pergi haji atau sebaliknya, pakai tudung atau tidak, menutup aurat dengan sempurna atau tidak, yang penting selagi nama mereka Islam, selagi itu mereka cari jalan untuk memalingkan akidah umat Islam. Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan, syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah SWT dan layak menjadi ahli neraka, oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka, begitulah juga perangai Yahudi, mereka sebenarnya mengetahui bahawa mereka adalah ahli neraka, justeru ketidak puasan hati yang ada dalam diri mereka, sentiasa mahukan bangsa manusia selain mereka juga masuk neraka.
Inilah yang difirmankan Allah SWT dalam Al-Quran menerusi ayat 120 surah al-Baqarah yang bermaksud:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”
Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya umat Islam tergelincir daripada landasan Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh mendabik dada bahawa bukan Yahudi sahaja yang masuk neraka, umat Islam juga turut masuk neraka bersama mereka. Inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana berjaya memesongkan umat Muhammad SAW.
F pertama ialah FILEM
Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.
2 contoh filem yang jelas membuktikan artis Malaysia (Islam) tiada rasa malu lagi apabila mendedahkan aurat. Ini adalah kejayaan besar Yahudi mengubah fikiran orang Islam. Bagi sesetengah artis, mereka perlu melakukan apa saja termasuk berbogel untuk menghidupkan watak yang dilakonkan.
Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti ‘Akhirat’, ‘Gubra’, ‘Mukhsin’, ‘Sepet’, ‘Anak Halal’, ‘KL Menjerit’ dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah SWT, sihir dan yang boleh menggugat akidah.
F kedua ialah FAMILY
Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan umat Islam boleh hidup bebas, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa.
Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut dengan sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.
Apa yang paling ditakuti sekarang ialah apabila ibu bapa tidak mengambil berat berkenaan dengan pembelajaran ilmu agama. Dan jangan terkejut jika ramai ibu bapa sekarang yang tidak mengambil tahu berkenaan solat anak-anak mereka.
F ketiga ialah FESYEN
Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.
Fesyen seperti ini bukan lagi perkara asing bagi umat Islam
F keempat ialah FUN
Segala macam hiburan di sampaikan dalam pelbagai cara dan kaedah. Yang paling merisaukan kita apabila hiburan-hiburan melampau ini dianggap sebagai sesuatu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contoh hiburan terkini adalah seperti rancangan realiti tv, ‘akademi fantasia’, ‘malaysia idol’, ‘one in the million’, ‘gangstarz’, ‘sehati berdansa’ dan macam-macam lagi. Rancangan yang disusun rapi ini dapat melalaikan umat Islam sehingga ada yang tertinggal solat kerana tidak mahu ketinggalan dari menontonnya. Malah pembaziran wang ringgit juga berlaku melalui undian SMS.
F kelima ialah FOOD
Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seluruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, MCdonald, Starbucks dan lain-lain.
Semoga dengan apa yang disampaikan ini menjadi satu pedoman, tembok dan penghalang kepada kita umat islam di akhir zaman ini agar tidak mudah terperangkap dan leka dengan segala macam perengkap dari musuh-musuh Allah SWT ini.
…………..

Wallahualam.....

Wanita Dan Lelaki Yang Baik Itu Sebenarnya Untuk Siapa?

Bismillahirrahmanirrahim.....
Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”
Dengan ini ramai di antara kita menggunakan ayat ini untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh. Tetapi ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami begitu zalim.
Untuk menjelas hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.
Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayaingi Aisyah.
Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram. Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.
Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Namun jika tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim, maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa dan rumah tangga yang dipenuhi kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu fahami.
Selain itu kita juga perlu jelas bahawa orang yang baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Namun sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Jika kita manusia yang alim, maka membimbing dan mentarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita.
Saya hairan dengan sesetengah sikap manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang-orang yang tidak berlatarbelakang agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika orang-orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan ingin mengheret kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah, mereka ingin belajar tentang Islam dan ingin kembali kepada Allah. Mereka perlu diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam.
Namun sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina. Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!
Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.
Harus diingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Seandainya kita ini sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba yang disayangi-Nya, Allah tidak akan sesekali menzalimi kita.
Sebaik atau sejahat manapun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik, Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.
Wallahualam.....