++JANGAN BIARKAN SEHARI DALAM HIDUPMU TANPA MEMIKIRKAN TENTANG ISLAM

Friday, October 22, 2010










Klik gambar untuk dibesarkan

Ini satu perkara yang tidak langsung boleh ditoleransi !! UMNO harus bertanggungjawab kerana penglibatan Suami-Isteri Perdana Menteri Malaysia dalam program 'Festival Feshen Islam' ini.

Oleh: Pria Malaya

BIADAP!..rupanya kalimat di dalam perkataan arab itu adalah merujuk kpd junjungan besar nabi kita, Muhammad SAW!..umat yang cinta akan kekasih Allah ini seharusnya tidak meredhai kemungkaran ini..

Kita menuntut pihak yg berkaitan supaya memberi penjelasan seterusnya membuat permohonan maaf!..

p/s: Terbaru: Video "Legends Islamic Fashion Show HD" yang membuktikan festival ini telah menghina Islam dikepalai oleh Rosmah Mansor telah diremove oleh user video terbabit atas desakan pihak tertentu..

Sesiapa yang sempat mendownload video fahion festival berkenaaN, atau mempunyai rakaman video berkaitan, sila laporkan pada penulis..terima kasih..

Artikel terdahulu (mesti tengok dan sebarkan):


- ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah..(video inside)

p/s: Baca juga pendedahan yang dibuat oleh FB 'Kami Benci Saiful Bukhari' di bawah...

Ado orang cakap Rosmah Mansur bukan penganjur Islamic Fashion Show (IFF) tapi dijemput hadir. Tapi den tengok kt gambar ni, Rosmah Mansur adalah 'Founding Patron' bagi IFF. Korang tengok ayat yg telah den garismerahkan tu. Apakah maksud 'founding patron'?

1] Kalau ikut pemahaman den yg tak seberapa, founding patron bermaksud penaung serta org yg bagi support dari segi financial dan material. Kalau Rosmah Mansur bagi sokongan kewangan, den pasti bukan duit kepalo abah dio yg dio pakai. Tapi pakai duit cukai rakyat. Rosmah Mansur kalau korang tgk muko pun tahu adalah seorg pompuan yg kedekut. Apakah maksud pemahaman korang pulak?

2] Islamic Fashion Show berasal dari Malaysia, diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah dan dinaungi secara glamer oleh Rosmah Mansur.

3] Walaupun namanya Islamic Fashion Show, tapi ia tidak Islamik langsung. Ia secara halus MENGHINA agama Islam oleh orang Islam sendiri. Untuk lebih khusus, orang Islam Malaysia yg menghina agamanya sendiri. Ia serupa seperti Dr. Aminah Wadud menghina agamanya sendiri dengan menjadi Imam Solat utk lelaki dan perempuan.

Untuk bukti, lihat bidio-bidio 'Islamic Fashion Show' yg jahanam ni :

a) http://www.facebook.com/#!/posted.php?id=345034017188&share_id=160215360665359&comments=1#s160215360665359

b) http://www.youtube.com/watch?v=NsYmdK8Nd-Q&feature=player_embedded

4] Gambar di atas diambil dari link ni : http://www.islamicfashionfestival.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=59&Itemid=74

5] Founder IFF, baca terus paragraph terakhir : http://www.islamicfashionfestival.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=59&Itemid=74<%3B%2Ffont

6] Kalau korang berminat nak berbogel secara 'Islamik' yg ado cop HALAL Jakim serta 'diendorse' oleh Ulama' Muda UMNO, boleh hubungi : http://www.islamicfashionfestival.com.my/index.php?option=com_alfcontact&Itemid=81

7] Ucapan Rosmah Mansur semasa Islamic Fasion Show di Monaco : http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/_view_speech.php?submission_id=223


Tuesday, October 19, 2010

RENUNGKAN LA!!!! AKU SYG MAK >>>










Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.



...pasanganku


Bila sedih, aku cari....Mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku


Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku


Bila berduka, aku peluk erat....Emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku


Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku


Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku


Selalu.. Mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon Mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku


Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


Renungkan:


"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...


bolehkah kau kirim wang untuk Mak?


Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".





Berderai air mata jika kita mendengarnya........





Tapi kalau Mak sudah tiada..........


ma...i miz u a l0t..:'(




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....


berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....


berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....


berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......


berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....


berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....





Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

BUAT RENUNGAN UNTUK REMAJA




Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.


Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.


Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda
sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.


Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.


“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,
kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).


Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.


Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.

AYANG VS ABANG ...




Dear abang,


Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas..

abang jagalah diri abang dan kereta abangbaik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... .

kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... . abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance... ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri.

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. taknak naik kereta abang takut calar. ayang calar takpe..

jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pitak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak..

pesanan ayang untuk abang...

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,

AYANG



(ni abang lak bagi... .)



Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cubalah ayang pikir mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

Mekap???ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang watrebonding 3 tahun lepas,setiap kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer PHSM.bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu..

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik..

ayang nak balik kampung abang izinkan Cuma jangan lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..

ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi..hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding..mmg abang ketawa... hahahhahahahahha

Love,

ABANG

Sunday, October 10, 2010

sejuk kembali di syria ...















semenjak 2 3 hari ini penulis agak sibuk untuk mengkaji serba sedikit permasalah yang di keutarakan oleh beberapa orang sahabat yang jauh di utara yang kini rasanya bakal mengalami musim sejuk,merka menanyakan ruksah (kemudahan/ keringan) untuk melakukan amal ibadah, di sini aku titipkan serba sedikit pembacaanku yang ku naqalkan dari fatwa2 yang aku lebih cenderung untuk membacanya seperti soleh usaimin ,bin baz , dan beberpa tokoh yang lain dan beberpa perkara yang ku naqalkan dari penulisan sahabat2 yang sefikrah dgnku

Islam adalah jalan cara hidup yang sentiasa memberi ruang kepada orang yang beriman untuk melakukan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang, jika kita perhatiankan bahawa agama islam adalah agama yang mudah, sebagai mana yang telah di sabdakan oleh rasullulah SAW

“Sesungguhnya Allah Swt. tidak mengutusku untuk mempersulit atau memperberat, melainkan sebagai seorang pengajar yang memudahkan.” (HR. Muslim, dari ‘Aisyah ra.)

kemudahan seperti telah ditegaskan oleh Allah Swt. dalam firmanNya:

وماجعل عليكم في الدين من حرج

“…dan Dia tidak menjadikan kesukaran dalam agama atas diri kalian.”

Sementara dalam sebuah haditsnya, Nabi Saw. pun bersabda:

إن الله لم يبعثني معنتا ولامتعنتا ولكن بعثني معلما ميسرا

“Sesungguhnya Allah Swt. tidak mengutusku untuk mempersulit atau memperberat, melainkan sebagai seorang pengajar yang memudahkan.(HR. Muslim, dari ‘Aisyah ra.)

Sheikh al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin Al-Albani berkata: “Setelah mengetahui perkara itu, seseorang tidak boleh lagi berbelah bahagi untuk menerima rukhsah (keringanan) ini selepas tsabit hadis mengenainya. Lebih-lebih lagi setelah para sahabat melakukannya.” (Rujuk Risalah al-Mas-hu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 54)

sebagai mana yang di ketahui telah thabit dari hadith nabi SAW dalam perkara khuf (stokin kulit, atau kasut) dan jaurab (stokin dari kain) dalam permasalahan membasuh ketika wudu'

Terdapat banyak hadis-hadis sahih mengenai pensyariatan menyapu khuf. Sehingga dikatakan dapat mencecah ke tahap ia adalah mutawatir dari Nabi s.a.w..

Hasan Basri mengatakan, telah menceritakan kepadaku 70 orang lelaki dari kalangan sahabat, bahawa Nabi s.a.w. menyapu khuf.

hadith dari mughirah bin syu'bah

دعهما فإنى أدخلتهما طاهرتين

Biarkan kedua-duanya. Ini kerana, aku memakainya dalam keadaan kedua-duanya suci. Lalu baginda menyapu di atas kedua-dua khufnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, an-Nasai, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad dan ad-Darimi)

Ibnul Mubarak berkata: Tidak terdapat perselisihan pendapat di kalangan para sahabat mengenai pensyariatan menyapu khuf.

Syarat-syaratnya:

1. Kaki dalam keadaan bersih

hadith mughirah bin syu'bah

دعهما فإنى أدخلتهما طاهرتين

Biarkan kedua-duanya. Ini kerana, aku memakainya dalam keadaan kedua-duanya suci. Lalu baginda menyapu di atas kedua-dua khufnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, an-Nasai, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad dan ad-Darimi)

Kata imam an-Nawwi rahimahullah: “…bahawa tidak boleh menyapu khuf kecuali memakainya selepas menyempurnakan wudhuk.” (Rujuk syarh sahih Muslim, jil. 3. 170)

2. Menyapu khuf pada hadas kecil tidak pada jenabah atau apa yang di wajibkan mandi.

Sofwan bin ‘Assal r.a. berkata: “Apabila kami bermusafir, Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami agar tidak menanggalkan khuf selama tiga hari tiga malam dan tidak menanggalkannya jika buang air besar, air kecil, dan tidur kecuali kerana junub.” (Riwayat Tirmidzi, Ahmad, an-Nasai’e, Ibn Khuzaimah, Abdul Razzaq, Ibn abi Syaibah, dan al-Baihaqi. Disahasankan oleh al-Albani di dalam al-Irwa, m.s. 104) Kata al-Imam as-Syaukani r.h.: “Hadis ini merupakan dalil bahawa tidak perlu menanggalkan khuf dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan berhadas kecil selagi mana tidak berjunub.” (Nail al-Authar, jil. 1, m.s. 231)

3. Khuf atau stokin itu suci.

Abu Said al-Khudri r.a. berkata: “Ketika Rasulullah s.a.w. mengimami solat para sahabatnya maka baginda telah menanggalkan kedua-dua belah seliparnya lalu meletakkan kedua-duanya di sebelah kirinya. Apabila para sahabat melihat perbuatan itu, mereka juga menanggalkan selipar mereka.

Setelah selesai solat, baginda bertanya: Mengapa kamu semua menanggalkan selipar kamu? Jawab mereka: Kami telah melihat engkau menanggalkannya lalu kami pun menanggalkan selipar kami.

Sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku memberitahu bahawa terdapat kotoran (najis). Oleh itu, apabila sesorang datang ke masjid, lihatlah selipar mereka. Jika dia melihat ada kotoran atau najis pada seliparnya, sapukanlah ke tanah dan solatlah menggunakan selipar itu.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, ahmad, ad-Darimi, Ibn Khuzaimah, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh az-Zhahabi dan al-Baohaqi. Juga al-Albani di dalam al-Irwa, m/s. 284)

(riwayat abudaud -kitab solat 650)

4.tempoh waktu yang di tetapkan (1 hari untuk muqim dan 3 hari untuk musafir)

لما روى علي رضى الله عنه قال : جعل رسول الله ص للمقيم يوما وليلة وللمسافرأيام ولياليهن, يعنى المسخ علي الخفين

sebagai mana yang di riwayatkan oleh Ali Ra berkata: Rasullulah SAW menjadikan kepada orang yang bermuqim 1 hari satu malam dan bg orang yang bermusafir 3 hari 3 malam iaitu menyapu kedua-dua khuf

-imam muslim -

Sheikh Ibn Uthaimin r.h. menjelaskan hal ini sebagai katanya: “Berdasarkan kaedah ini, ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa pendapat paling rajih (tepat) adalah permulaan tempoh (hari) sapuan dikira ketika mula menyapu khuf dan bukannya ketika (mula) berhadas.” (Rujuk Syarh al-Mumti’, jil. 1. m.s. 208)

Imam an-Nawawi juga menjelaskan sebagai katanya: “Hadis ini merupakan hujah yang terang dan dalil yang jelas bahawa syarat menyapu khuf telah ditetapkan waktunya, iaitu selama tiga hari tiga malam bagi musafir dan sehari semalam ketika bermukim. Inilah pendapat yang dipegang oleh Abu Hanifah, as-Syafie, Ahmad, dan jumhur ulama terdiri daripada para sahabat serta generasi selepas mereka.” (Rujuk Syarh Sahih Muslim, jil. 3, m.s. 176 dan al-Muhalla, jil. 2, m.s. 87-89)

5. Khuf itu menutup dua kaki. Tidak mengapa jika terkoyak sedikit. 6. Khuf itu kuat dan dapat digunakan untuk berjalan.

Namun sebahagian ulamak ada yang mendha'ifkan dua syarat yang terakhir,kerana tidak terdapat hadith mengenainya.

Tempoh:

Bagi orang yang bermusafir: 3 hari tiga malam Bagi orang yang mukim: sehari semalam.

Bila tempoh mula boleh menyapu: Jumhur ulamak mengatakan, tempoh menyapu bermula setelah berlaku hadas pertama selepas memakai khuf, sehinggalah pada waktu yang sama pada hari yang kedua - Bagi orang yang bermukim. Pada hari keempat bagi orang yang bermusafir.

Maksudnya, setelah suci dari hadas besar dan kecil, kita mula pakai khuf. Kemudian pd pukul 4.00 ptg wuduk kita batal... Bermula dari sinilah tempoh menyapu dibenarkan. Ia berlanjutan sehingga ke pukul 4.00 ptg esok (bagi orang yang mukim).

Bagi orang yang bermusafir, berakhir pada pukul 4.00 ptg hari keempat.

Cara menyapu:

Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Kalaulah hukum-hukum agama ini terbina atas dasar akal, tentulah menyapu di bahagian bawah khuf itu lebih afdhal berbanding atasnya. Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menyapu di atas kedua-dua belah khufnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, ad-Darimi, Daruqutni, al-Baihaqi. Ibnu Hajar mengklasifikasikan sanadnya sebagai sahih. Dan al-Albani turut mensahihkannya di dalam al-Irwa, m/s. 103)

Al-Sha’nani r.h. menjelaskan: “Bahawa hadis ini menunjukkan sapuan hanya di atas khuf dan tidak ada cara selain itu. Jangan sesekali menyapu di bawah khuf.” (Rujuk Subul al-Salam, jil. 1, m/s. 22)

Ibn Qayyim juga menjelaskan: “Rasulullah s.a.w. menyapu di atas kedua-dua belah khufnya. Tidak sahih riwayat mengenai sapuan di bawah khuf kecuali terdapat hadis yang munqati’ (terputus sanadnya). Sedangkan, hadis yang sahih menyatakan sebaliknya.” (Rujuk Zaad al-Ma’ad, jil. 1, m/s. 199)

Al-Auza’i r.a. berkata: “Nabi s.a.w. menyapu dengan kedua-dua belah tapak tangannya di atas kedua-dua belah khufnya sekali sapuan menarik ke atas hingga ke betis.” (Rujuk al-Ausot, jil. 1, m/s. 454)

Yang membatalkannya:

1. Berlaku sesuatu yang membatalkan wuduk. 2. Tamat tempoh yang dibenarkan. 3. Batal apabila menanggalkan khuf.

Bagaimana dengan stokin?

Al-Mughirah bin Syu’bah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berwudhuk lalu menyapu bahagian atas kedua-dua belah khuf dan seliparnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi - sebagai hasan sahih. Juga disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Irwa dan Tamam al-Minnah)

Al-Syaukani r.h. berkata: “Hadis telah menunjukkan bahawa boleh menyapu di bahagian atas al-Jaurab.” (Rujuk Nail al-Authar, jil. 1, m/s. 228)

Abu Musa al-‘Asy’ari r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berwudhuk lalu menyapu bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab dan seliparnya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah – Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sunan Ibn Majah)

‘Amru bin Huraith r.a. berkata: “aku telah melihat ali bin abu Talib kencing. Kemudian, beliau berwudhuk sambil menyapu di bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab.” (Hadis riwayat Ibn abi syaibah, jil. 1, m/s. 189 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462)

Hammam bin al-Harith r.a. berkata: “Abu Mas’ud telah menyapu di bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab.” (Hadis Riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn Abi syaibah, jil. 1, m/s. 188 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462)

Menurut Qatadah r.a., bahawa Anas bin Malik r.a. telah berkata: “Rasulullah s.a.w. telah menyapu di bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab.” (Hadis riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn Abi Syaibah, jil. 1, m/s. 190 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462-463)

Yahya al-Buka’ r.a. pernah mendengar Ibn Umar r.a. berkata: “Menyapu di bahagian atas al-Jaurab sama seperti menyapu di bahagian atas kedua-dua belah khuf.” (Hadis riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn abi Syaibah, jil. 1, m/s. 189, Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 463 dan al-Baihaqi, jil. 1, m/s. 285)

Ibn Taimiyyah r.h. menjelaskan: “Boleh menyapu di bahagian atas al-Jaurab apabila ia digunakan semasa berjalan sama ada diperbuat daripada kulit atau tidak mengikut pendapat ulama adalah yang paling sahih (tepat).” (Rujuk Majmu’ al-Fatawa, jil. 21, m/s. 214-215)

Ibn Qayyim r.h. berkata: “Mengenai keharusan menyapu di bahagian atas al-Jaurab adalah pendapat kebanyakan para ilmuan. Antara mereka yang kami maksudkan adalah terdiri daripada para sahabat, Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Abdullah bin al-Mubarak, Sufyan al-Tsauri, ‘Atho’ bin abi Rabah, al-Hasan al-Basri, Said bin al-Musayyab, dan Abu Yusuf. Kami tidak mengetahui bahawa terdapat sebahagian sahabat mengingkari perbuatan nama-nama yang kami sebutkan.” (Rujuk Tahzib al-Sunan, jil. 1, m/s. 188-189, dan al-syarh al-Mumti’, jil. 1. m/s. 193)

Sheikh ‘Uthaimin r.h. menjelaskan: “Apa sahaja yang dipakai pada kaki sama ada dinamakan khuf, jaurab (stokin), muq, dan seumpamanya, hukum menyapu di bahagian atasnya adalah boleh. Ini kerana, ‘illah (sebab dan tujuan) semua itu adalah sama.” (Rujuk al-Syarh al-Mumti’, jil. 1, m/s. 193)

syarat dalam mazhab: 1.Menurut Hanbali, Muhamad bin al-Hasan dan ABu Yusof dari Hanafi, dibolehkan. Termasuk stokin biasa.

2.Menurut Abu Hanifah, Maliki dan Syafi'i yang, boleh tetapi dengan beberapa syarat tambahan:

Syarat Syafi'i: 1. Stokin berkenaan hendaklah tidak jarang / rapat jalinannya sehingga ia dapat digunakan untuk berjalan dengannya. 2. Hendaklah ia dipakai dengan kasut.

Syarat Hanbali: 1. Hendaklah ia kukuh dan tidak menampakkan kaki sedikitpun. 2. Boleh digunakan untuk terus berjalan dan ia menetap di kaki dengan sendiri.

di kemaskin oleh mohammad bin razali

antara rujukan:

fatawa nasreddin al-bani haf dan ibn usaimin haf

abu huzaifah nawawi

rindu dimasqi ....

دمشق

انها دمشق

هذي دمشقُ.. وهذي الكأسُ والرّاحُ

إنّي أحبُّ... وبعـضُ الحـبِّ ذبّاحُ

أنا الدمشقيُّ.. لو شرحتمُ جسدي لسـالَ منهُ عناقيـدٌ.. وتفـّاحُ

و لو فتحـتُم شراييني بمديتكـم سمعتمُ في دمي أصواتَ من راحوا

زراعةُ القلبِ.. تشفي بعضَ من عشقوا وما لقلـبي –إذا أحببـتُ- جـرّاحُ

مآذنُ الشّـامِ تبكـي إذ تعانقـني و للمـآذنِ.. كالأشجارِ.. أرواحُ

‏‏‏‏‏ للياسمـينِ حقـوقٌ في منازلنـا.. وقطّةُ البيتِ تغفو حيثُ ترتـاحُ

طاحونةُ البنِّ جزءٌ من طفولتنـا فكيفَ أنسى؟ وعطرُ الهيلِ فوّاحُ

هذا مكانُ "أبي المعتزِّ".. منتظرٌ ووجهُ "فائزةٍ" حلوٌ و لمـاحُ

هنا جذوري.. هنا قلبي... هنا لغـتي فكيفَ أوضحُ؟ هل في العشقِ إيضاحُ؟

كم من دمشقيةٍ باعـت أسـاورَها حتّى أغازلها... والشعـرُ مفتـاحُ

أتيتُ يا شجرَ الصفصافِ معتذراً فهل تسامحُ هيفاءٌ ..ووضّـاحُ؟

خمسونَ عاماً.. وأجزائي مبعثرةٌ.. فوقَ المحيطِ.. وما في الأفقِ مصباحُ

تقاذفتني بحـارٌ لا ضفـافَ لها.. وطاردتني شيـاطين وأشبـاحُ

أقاتلُ القبحَ في شعري وفي أدبي حتى يفتّـحَ نوّارٌ... وقـدّاحُ

ما للعروبـةِ تبدو مثلَ أرملةٍ؟ أليسَ في كتبِ التاريخِ أفراحُ؟

والشعرُ.. ماذا سيبقى من أصالتهِ؟ إذا تولاهُ نصَّـابٌ ... ومـدّاحُ؟

‏‏‏‏‏ وكيفَ نكتبُ والأقفالُ في فمنا؟ وكلُّ ثانيـةٍ يأتيـك سـفّاحُ؟

حملت شعري على ظهري فأتعبني ماذا من الشعرِ يبقى حينَ يرتاحُ؟

‏‏ فكيفَ أوضحُ؟ هل في العشقِ إيضاحُ؟

فكيفَ أوضحُ؟ هل في العشقِ إيضاحُ؟

فكيفَ أوضحُ؟ هل في العشقِ إيضاحُ؟

-نزار قباني-