++JANGAN BIARKAN SEHARI DALAM HIDUPMU TANPA MEMIKIRKAN TENTANG ISLAM

Sunday, October 10, 2010

sejuk kembali di syria ...















semenjak 2 3 hari ini penulis agak sibuk untuk mengkaji serba sedikit permasalah yang di keutarakan oleh beberapa orang sahabat yang jauh di utara yang kini rasanya bakal mengalami musim sejuk,merka menanyakan ruksah (kemudahan/ keringan) untuk melakukan amal ibadah, di sini aku titipkan serba sedikit pembacaanku yang ku naqalkan dari fatwa2 yang aku lebih cenderung untuk membacanya seperti soleh usaimin ,bin baz , dan beberpa tokoh yang lain dan beberpa perkara yang ku naqalkan dari penulisan sahabat2 yang sefikrah dgnku

Islam adalah jalan cara hidup yang sentiasa memberi ruang kepada orang yang beriman untuk melakukan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang, jika kita perhatiankan bahawa agama islam adalah agama yang mudah, sebagai mana yang telah di sabdakan oleh rasullulah SAW

“Sesungguhnya Allah Swt. tidak mengutusku untuk mempersulit atau memperberat, melainkan sebagai seorang pengajar yang memudahkan.” (HR. Muslim, dari ‘Aisyah ra.)

kemudahan seperti telah ditegaskan oleh Allah Swt. dalam firmanNya:

وماجعل عليكم في الدين من حرج

“…dan Dia tidak menjadikan kesukaran dalam agama atas diri kalian.”

Sementara dalam sebuah haditsnya, Nabi Saw. pun bersabda:

إن الله لم يبعثني معنتا ولامتعنتا ولكن بعثني معلما ميسرا

“Sesungguhnya Allah Swt. tidak mengutusku untuk mempersulit atau memperberat, melainkan sebagai seorang pengajar yang memudahkan.(HR. Muslim, dari ‘Aisyah ra.)

Sheikh al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin Al-Albani berkata: “Setelah mengetahui perkara itu, seseorang tidak boleh lagi berbelah bahagi untuk menerima rukhsah (keringanan) ini selepas tsabit hadis mengenainya. Lebih-lebih lagi setelah para sahabat melakukannya.” (Rujuk Risalah al-Mas-hu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 54)

sebagai mana yang di ketahui telah thabit dari hadith nabi SAW dalam perkara khuf (stokin kulit, atau kasut) dan jaurab (stokin dari kain) dalam permasalahan membasuh ketika wudu'

Terdapat banyak hadis-hadis sahih mengenai pensyariatan menyapu khuf. Sehingga dikatakan dapat mencecah ke tahap ia adalah mutawatir dari Nabi s.a.w..

Hasan Basri mengatakan, telah menceritakan kepadaku 70 orang lelaki dari kalangan sahabat, bahawa Nabi s.a.w. menyapu khuf.

hadith dari mughirah bin syu'bah

دعهما فإنى أدخلتهما طاهرتين

Biarkan kedua-duanya. Ini kerana, aku memakainya dalam keadaan kedua-duanya suci. Lalu baginda menyapu di atas kedua-dua khufnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, an-Nasai, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad dan ad-Darimi)

Ibnul Mubarak berkata: Tidak terdapat perselisihan pendapat di kalangan para sahabat mengenai pensyariatan menyapu khuf.

Syarat-syaratnya:

1. Kaki dalam keadaan bersih

hadith mughirah bin syu'bah

دعهما فإنى أدخلتهما طاهرتين

Biarkan kedua-duanya. Ini kerana, aku memakainya dalam keadaan kedua-duanya suci. Lalu baginda menyapu di atas kedua-dua khufnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, an-Nasai, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad dan ad-Darimi)

Kata imam an-Nawwi rahimahullah: “…bahawa tidak boleh menyapu khuf kecuali memakainya selepas menyempurnakan wudhuk.” (Rujuk syarh sahih Muslim, jil. 3. 170)

2. Menyapu khuf pada hadas kecil tidak pada jenabah atau apa yang di wajibkan mandi.

Sofwan bin ‘Assal r.a. berkata: “Apabila kami bermusafir, Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami agar tidak menanggalkan khuf selama tiga hari tiga malam dan tidak menanggalkannya jika buang air besar, air kecil, dan tidur kecuali kerana junub.” (Riwayat Tirmidzi, Ahmad, an-Nasai’e, Ibn Khuzaimah, Abdul Razzaq, Ibn abi Syaibah, dan al-Baihaqi. Disahasankan oleh al-Albani di dalam al-Irwa, m.s. 104) Kata al-Imam as-Syaukani r.h.: “Hadis ini merupakan dalil bahawa tidak perlu menanggalkan khuf dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan berhadas kecil selagi mana tidak berjunub.” (Nail al-Authar, jil. 1, m.s. 231)

3. Khuf atau stokin itu suci.

Abu Said al-Khudri r.a. berkata: “Ketika Rasulullah s.a.w. mengimami solat para sahabatnya maka baginda telah menanggalkan kedua-dua belah seliparnya lalu meletakkan kedua-duanya di sebelah kirinya. Apabila para sahabat melihat perbuatan itu, mereka juga menanggalkan selipar mereka.

Setelah selesai solat, baginda bertanya: Mengapa kamu semua menanggalkan selipar kamu? Jawab mereka: Kami telah melihat engkau menanggalkannya lalu kami pun menanggalkan selipar kami.

Sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku memberitahu bahawa terdapat kotoran (najis). Oleh itu, apabila sesorang datang ke masjid, lihatlah selipar mereka. Jika dia melihat ada kotoran atau najis pada seliparnya, sapukanlah ke tanah dan solatlah menggunakan selipar itu.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, ahmad, ad-Darimi, Ibn Khuzaimah, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh az-Zhahabi dan al-Baohaqi. Juga al-Albani di dalam al-Irwa, m/s. 284)

(riwayat abudaud -kitab solat 650)

4.tempoh waktu yang di tetapkan (1 hari untuk muqim dan 3 hari untuk musafir)

لما روى علي رضى الله عنه قال : جعل رسول الله ص للمقيم يوما وليلة وللمسافرأيام ولياليهن, يعنى المسخ علي الخفين

sebagai mana yang di riwayatkan oleh Ali Ra berkata: Rasullulah SAW menjadikan kepada orang yang bermuqim 1 hari satu malam dan bg orang yang bermusafir 3 hari 3 malam iaitu menyapu kedua-dua khuf

-imam muslim -

Sheikh Ibn Uthaimin r.h. menjelaskan hal ini sebagai katanya: “Berdasarkan kaedah ini, ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa pendapat paling rajih (tepat) adalah permulaan tempoh (hari) sapuan dikira ketika mula menyapu khuf dan bukannya ketika (mula) berhadas.” (Rujuk Syarh al-Mumti’, jil. 1. m.s. 208)

Imam an-Nawawi juga menjelaskan sebagai katanya: “Hadis ini merupakan hujah yang terang dan dalil yang jelas bahawa syarat menyapu khuf telah ditetapkan waktunya, iaitu selama tiga hari tiga malam bagi musafir dan sehari semalam ketika bermukim. Inilah pendapat yang dipegang oleh Abu Hanifah, as-Syafie, Ahmad, dan jumhur ulama terdiri daripada para sahabat serta generasi selepas mereka.” (Rujuk Syarh Sahih Muslim, jil. 3, m.s. 176 dan al-Muhalla, jil. 2, m.s. 87-89)

5. Khuf itu menutup dua kaki. Tidak mengapa jika terkoyak sedikit. 6. Khuf itu kuat dan dapat digunakan untuk berjalan.

Namun sebahagian ulamak ada yang mendha'ifkan dua syarat yang terakhir,kerana tidak terdapat hadith mengenainya.

Tempoh:

Bagi orang yang bermusafir: 3 hari tiga malam Bagi orang yang mukim: sehari semalam.

Bila tempoh mula boleh menyapu: Jumhur ulamak mengatakan, tempoh menyapu bermula setelah berlaku hadas pertama selepas memakai khuf, sehinggalah pada waktu yang sama pada hari yang kedua - Bagi orang yang bermukim. Pada hari keempat bagi orang yang bermusafir.

Maksudnya, setelah suci dari hadas besar dan kecil, kita mula pakai khuf. Kemudian pd pukul 4.00 ptg wuduk kita batal... Bermula dari sinilah tempoh menyapu dibenarkan. Ia berlanjutan sehingga ke pukul 4.00 ptg esok (bagi orang yang mukim).

Bagi orang yang bermusafir, berakhir pada pukul 4.00 ptg hari keempat.

Cara menyapu:

Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Kalaulah hukum-hukum agama ini terbina atas dasar akal, tentulah menyapu di bahagian bawah khuf itu lebih afdhal berbanding atasnya. Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menyapu di atas kedua-dua belah khufnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, ad-Darimi, Daruqutni, al-Baihaqi. Ibnu Hajar mengklasifikasikan sanadnya sebagai sahih. Dan al-Albani turut mensahihkannya di dalam al-Irwa, m/s. 103)

Al-Sha’nani r.h. menjelaskan: “Bahawa hadis ini menunjukkan sapuan hanya di atas khuf dan tidak ada cara selain itu. Jangan sesekali menyapu di bawah khuf.” (Rujuk Subul al-Salam, jil. 1, m/s. 22)

Ibn Qayyim juga menjelaskan: “Rasulullah s.a.w. menyapu di atas kedua-dua belah khufnya. Tidak sahih riwayat mengenai sapuan di bawah khuf kecuali terdapat hadis yang munqati’ (terputus sanadnya). Sedangkan, hadis yang sahih menyatakan sebaliknya.” (Rujuk Zaad al-Ma’ad, jil. 1, m/s. 199)

Al-Auza’i r.a. berkata: “Nabi s.a.w. menyapu dengan kedua-dua belah tapak tangannya di atas kedua-dua belah khufnya sekali sapuan menarik ke atas hingga ke betis.” (Rujuk al-Ausot, jil. 1, m/s. 454)

Yang membatalkannya:

1. Berlaku sesuatu yang membatalkan wuduk. 2. Tamat tempoh yang dibenarkan. 3. Batal apabila menanggalkan khuf.

Bagaimana dengan stokin?

Al-Mughirah bin Syu’bah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berwudhuk lalu menyapu bahagian atas kedua-dua belah khuf dan seliparnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi - sebagai hasan sahih. Juga disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Irwa dan Tamam al-Minnah)

Al-Syaukani r.h. berkata: “Hadis telah menunjukkan bahawa boleh menyapu di bahagian atas al-Jaurab.” (Rujuk Nail al-Authar, jil. 1, m/s. 228)

Abu Musa al-‘Asy’ari r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berwudhuk lalu menyapu bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab dan seliparnya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah – Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sunan Ibn Majah)

‘Amru bin Huraith r.a. berkata: “aku telah melihat ali bin abu Talib kencing. Kemudian, beliau berwudhuk sambil menyapu di bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab.” (Hadis riwayat Ibn abi syaibah, jil. 1, m/s. 189 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462)

Hammam bin al-Harith r.a. berkata: “Abu Mas’ud telah menyapu di bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab.” (Hadis Riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn Abi syaibah, jil. 1, m/s. 188 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462)

Menurut Qatadah r.a., bahawa Anas bin Malik r.a. telah berkata: “Rasulullah s.a.w. telah menyapu di bahagian atas kedua-dua belah al-Jaurab.” (Hadis riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn Abi Syaibah, jil. 1, m/s. 190 dan Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 462-463)

Yahya al-Buka’ r.a. pernah mendengar Ibn Umar r.a. berkata: “Menyapu di bahagian atas al-Jaurab sama seperti menyapu di bahagian atas kedua-dua belah khuf.” (Hadis riwayat Abdul Razzaq, jil. 1, m/s. 200, Ibn abi Syaibah, jil. 1, m/s. 189, Ibn al-Mundzir dalam al-Ausot, jil. 1, m/s. 463 dan al-Baihaqi, jil. 1, m/s. 285)

Ibn Taimiyyah r.h. menjelaskan: “Boleh menyapu di bahagian atas al-Jaurab apabila ia digunakan semasa berjalan sama ada diperbuat daripada kulit atau tidak mengikut pendapat ulama adalah yang paling sahih (tepat).” (Rujuk Majmu’ al-Fatawa, jil. 21, m/s. 214-215)

Ibn Qayyim r.h. berkata: “Mengenai keharusan menyapu di bahagian atas al-Jaurab adalah pendapat kebanyakan para ilmuan. Antara mereka yang kami maksudkan adalah terdiri daripada para sahabat, Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Abdullah bin al-Mubarak, Sufyan al-Tsauri, ‘Atho’ bin abi Rabah, al-Hasan al-Basri, Said bin al-Musayyab, dan Abu Yusuf. Kami tidak mengetahui bahawa terdapat sebahagian sahabat mengingkari perbuatan nama-nama yang kami sebutkan.” (Rujuk Tahzib al-Sunan, jil. 1, m/s. 188-189, dan al-syarh al-Mumti’, jil. 1. m/s. 193)

Sheikh ‘Uthaimin r.h. menjelaskan: “Apa sahaja yang dipakai pada kaki sama ada dinamakan khuf, jaurab (stokin), muq, dan seumpamanya, hukum menyapu di bahagian atasnya adalah boleh. Ini kerana, ‘illah (sebab dan tujuan) semua itu adalah sama.” (Rujuk al-Syarh al-Mumti’, jil. 1, m/s. 193)

syarat dalam mazhab: 1.Menurut Hanbali, Muhamad bin al-Hasan dan ABu Yusof dari Hanafi, dibolehkan. Termasuk stokin biasa.

2.Menurut Abu Hanifah, Maliki dan Syafi'i yang, boleh tetapi dengan beberapa syarat tambahan:

Syarat Syafi'i: 1. Stokin berkenaan hendaklah tidak jarang / rapat jalinannya sehingga ia dapat digunakan untuk berjalan dengannya. 2. Hendaklah ia dipakai dengan kasut.

Syarat Hanbali: 1. Hendaklah ia kukuh dan tidak menampakkan kaki sedikitpun. 2. Boleh digunakan untuk terus berjalan dan ia menetap di kaki dengan sendiri.

di kemaskin oleh mohammad bin razali

antara rujukan:

fatawa nasreddin al-bani haf dan ibn usaimin haf

abu huzaifah nawawi

No comments:

Post a Comment