++JANGAN BIARKAN SEHARI DALAM HIDUPMU TANPA MEMIKIRKAN TENTANG ISLAM

Saturday, December 10, 2011

Ambil tindakan ‘buat hudud pun tak jadi apa’!!!



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pihak berkuasa agama di negara ini digesa segera bertindak
terhadap pihak yang bertanggungjawab menerbit dan menyiarkan sebuah drama pendek
di Youtube yang secara terang-terangan menghina hukum Allah.


Drama pendek bertajuk 'Lagi Hudud PAS' itu didakwa telah menghina hukum hudud
dengan cuba memberi gambaran hudud bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah
malah menjadikan masalah lebih teruk.



"DPPM (Dewan Pemuda PAS Malaysia) mengharapkan pihak berkuasa dapat
mengambil tindakan wajar kepada mereka termasuk ke atas pemilik akaun
kawasaki9722 yang menyiarkan filem tersebut.



"Filem ini tidak menguntungkan sesiapa malah mengundang kebencian
ramai," kata ketua dewan itu Nasruddin Hassan kepada Harakahdaily.



Mengikut maklumat yang direkodkan, drama dengan tajuk 'Lagi Hudud PAS' itu
yang berdurasi 5 minit 34 saat dimuat naik sejak 21 November lalu oleh pemilik
akaun bernama kawasaki9722.



Sehingga berita ini ditulis, drama itu telah ditonton oleh 10,123 pengguna
dengan catatan 94 dari mereka menekan like dan 4,395 dislike.



Menggunakan lima pelakon Islam dan tiga bukan Islam, dialog drama ini
antara lain menyentuh isu HIV tertinggi di Kelantan sambil memperlekeh
hudud yang mahu dilaksanakan kerajaan negeri yang dipimpin PAS.



Malah mereka juga mendakwa ibu tunggal di Kelantan paling ramai dan rakyat
negeri itu juga paling ramai bekerja di tempat-tempat maksiat.



Dalam dialog itu juga turut menyebut "Buat hudud pun tak jadi apa" lalu disambung
seorang lagi dengan berkata "makin teruk ada la".



Sebelum ini negara kecoh dengan kenyataan Penasihat Agama Menteri Besar
Terengganu, Kamal Saidin dan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mempersenda
hukum Allah SWT dalam Majlis Wacana Hudud di Wisma MCA baru-baru ini
sedang beliau tiada autoriti untuk bercakap mengenai hukum Islam.



Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ust Fathul Bari selaku Pengerusi Sekretariat
Ulama Muda Umno sebagai salah seorang panel.



Belum pun reda dengan isu itu, umat Islam sekali lagi dicabar dengan penghinaan
hukum Allah melalui drama pendek tersebut.



Apa yang dikesalkan kata Nasruddin, kebebasan berkarya digunakan untuk menghina
hukum Allah SWT sedang mereka tanpa segan silu menikmati segala macam kemudahan, keselesaan dan nikmat anugerah Allah SWT di atas muka bumi ini.



"Pelaku yang mendalangi penghinaan terancang terhadap hukum Allah SWT
sedang berdepan dengan satu tanggungjawab yang sangat berat.



"Saya terlebih dahulu mewakili DPPM mengharapkan dalang dan para pelakon
muslimnya bertaubat kepada Allah SWT dan kembali ke pangkalan jalan," katanya.

keratan akbar ......

ini lah video yang dimaksyd kan ...link dibawah ini...
Siapa di sebalik video Sembang Rakyat yang menghina Islam? Ikuti pendedahan menarik di

No comments:

Post a Comment