++JANGAN BIARKAN SEHARI DALAM HIDUPMU TANPA MEMIKIRKAN TENTANG ISLAM

Monday, December 12, 2011

Perkahwinan Jahiliah Menggalakkan Maksiat


7Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Rakan-Rakanku.

Assalamualaikum.


Kahwin? Kahwin bukan susah. Kalau kita betul-betul ikut landasan agama Islam tentang perkahwinan. Kahwin bertujuan untuk menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dengan mengucapkan kata-kata yang menunjukkan nikah mengikut peraturan yang ditetapkan agama Islam. Kahwin adalah wajib bagi mereka-mereka yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat sedangkan mereka mampu untuk mendirikan rumah tangga. Mampu membayar mas kahwin dan mampu memberi nafkah kepada isterinya. Kebanyakkan hamba Allah ini keliru antara mas kahwin dan wang hantaran. Mas kahwin merupakan satu pemberian yang wajib daripada suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Sabda Rasulullah SAW:
"carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin diperbuat daripada besi" - (Riawayat Bukhari)

Dari hadith diatas, nyatalah mas kahwin boleh dijadikan dari apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sperti wang ataupun barang-barangan. Di Malaysia, mas kahwin adalah berbeza-beza mengikut negeri. Tetapi kebanyakanya tidaklah melebihi RM1ribu. Manakala wang hataran hanyalah hadiah yang ikhlas dari pihak suami kepada isterinya. Mas kahwin adalah wajib manakala wang hantaran cuma hadiah yang dilakukan mengikut adat. Tetapi zaman sekarang manusia banyak melebihkan wang hataran sebagai point utama sesuatu majlis perkahwinan. Adat Melayu melebihi agama Islam. Itu menunjukkan kejahilan umat manusia pada masa kini. Adakah anda?

Wang hantaran bergantung kepada taraf pendidikan dan pekerjaan si isteri. Makin tinggi taraf pendidikan si isteri atau pekerjaanya maka makin tinggilah nilai wang hantaranya. Walaupon huruf-huruf arab pon si isteri tidak mengenalinya. Bahkan khatam Al-Quran. Seperti si Ayah menjual anak perempuanya kepada seorang lelaki yang bakal menanggung dosa-dosa anak perempuanya itu. Sedarkah wahai si Ayah? Kalau tidak punyai RM20ribu untuk wang hantaran, lupakanlah sahaja niatmu wahai jahiliah.

Apa yang wajib dalam perkahwinan adalah dengan mengikut rukun nikah iaitu, pengantin lelaki dan perempuan, wali dan dua orang saksi lelaki, dan ijab/qabul (akad nikah). Itu sahaja yang diperlukan untuk sesebuah majlis perkahwinan termasuklah mas kahwin dan kenduri kahwin (walimatulurus). Ada sesetengah ulama' mengatakan walimatulurus ini adalah sunat sahaja bagi mereka-mereka yang benar-benar tidak berkemampuan. Tujuan walimatulurus adalah untuk menghebahkan kepada orang ramai tentang perkahwinan tersebut bagi mengelakkan fitnah. Adakah syarat-syarat wajib ini susah?

Kenapa umat manusia era ini hanya mampu menggaru kepala bila diajukan tentang kahwin?
" duit tak cukup lagi nak kahwin, kahwin menelan belanja melebihi RM30ribu, mana nak cari"

Kebanyakkanya sanggup meminjam dari bank untuk mendirikan perkahwinan. Loan sana dan loan sini. Tahukan anda isteri anda adalah milik bank selagi anda tidak mampu menjelaskan hutang anda di bank? Jangan sentuh isteri anda selagi hutang bank tidak dijelaskan.

Cukuplah mengamalkan amalan-amalan jahiliah Melayu bila ingin melangsungkan perkahwinan. Disebabkan amalan-amalan jahiliah yang menelan belanja beribu-ribu ringgit inilah anak muda zaman sekarang ini susah untuk berkahwin. Bila mereka rasakan susah untuk berkahwin maka akan berlakulah maksiat di merata-rata tempat. Kenapa? Kerana majlis perkahwinan adalah mahal. Tidak mampu untuk melangsungkan walhal sudah wajib bagiku. Kenapa nak kena ikutkan adat-adat orang yang sudah bila melangsungkan perkahwinan? Kenapa nak buat pelamin mahal-mahal? Kenapa harus mengupah mak andam untuk bersolek seperti opera cina di hari perkahwinan? Kenapa harus bertukar-tukar baju? Kenapa harus mengupah photographer dan videographer mahal-mahal? Ini semua adalah disebabkan hati jahiliah manusia ingin berbeza dari orang yang sebelumnya. Malu jika orang mengutuk dan mengkeji majlis perkahwinanya nanti. Tidak perlu semua itu. Aktiviti jahiliah inilah yang menelan belanja beribu-ribu ringgit sebenarnya. Disebabkan inilah banyak pemuda pemudi tak berkahwin. Aku nak salahkan orang-orang yang berfikiran sempit bab kahwin ini. Kenapa lah kebanyakan Melayu aku begini? Malu aku.

Aku rasa mampu sahaja sekiranya mempunyai RM10ribu untuk menukarkan dari satu ikatan yang tidak sah kepada sah. Apa yang wajib anda mendapat pahala. Apa yang jahiliah anda mendapat dosa. Makin banyak duit dikeluarkan makin banyak dosa yang anda dapat. Tuhan bagi otak untuk berfikir. Jangan ikutkan orang jahiliah sebelum ini. Teruskan niat berkahwin anda. Selamat Pengantin Baru kepada umat Melayu yang bukan jahiliah. Moga dirahmati Allah SWT.

Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Rakan-Rakanku.

Kan manis jika duit kahwin yang lebih-lebih tu dijadikan tiket perjalan anda ke Tanah Suci Mekkah bersama pasangan anda.

p/s: Kahwinlah kamu selagi boleh berkahwin. Dunia semakin habis.



JIKA ANDA SALAH SEORANG MANGSA PERKAHWINAN JAHILIAH. PEDULIKAN APA MASYARAKAT CAKAP TENTANG MAJLIS PERKAHWINAN ANDA. ALLAH SWT LEBIH MENYAYANGI ANDA.

Saturday, December 10, 2011

Ambil tindakan ‘buat hudud pun tak jadi apa’!!!



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pihak berkuasa agama di negara ini digesa segera bertindak
terhadap pihak yang bertanggungjawab menerbit dan menyiarkan sebuah drama pendek
di Youtube yang secara terang-terangan menghina hukum Allah.


Drama pendek bertajuk 'Lagi Hudud PAS' itu didakwa telah menghina hukum hudud
dengan cuba memberi gambaran hudud bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah
malah menjadikan masalah lebih teruk.



"DPPM (Dewan Pemuda PAS Malaysia) mengharapkan pihak berkuasa dapat
mengambil tindakan wajar kepada mereka termasuk ke atas pemilik akaun
kawasaki9722 yang menyiarkan filem tersebut.



"Filem ini tidak menguntungkan sesiapa malah mengundang kebencian
ramai," kata ketua dewan itu Nasruddin Hassan kepada Harakahdaily.



Mengikut maklumat yang direkodkan, drama dengan tajuk 'Lagi Hudud PAS' itu
yang berdurasi 5 minit 34 saat dimuat naik sejak 21 November lalu oleh pemilik
akaun bernama kawasaki9722.



Sehingga berita ini ditulis, drama itu telah ditonton oleh 10,123 pengguna
dengan catatan 94 dari mereka menekan like dan 4,395 dislike.



Menggunakan lima pelakon Islam dan tiga bukan Islam, dialog drama ini
antara lain menyentuh isu HIV tertinggi di Kelantan sambil memperlekeh
hudud yang mahu dilaksanakan kerajaan negeri yang dipimpin PAS.



Malah mereka juga mendakwa ibu tunggal di Kelantan paling ramai dan rakyat
negeri itu juga paling ramai bekerja di tempat-tempat maksiat.



Dalam dialog itu juga turut menyebut "Buat hudud pun tak jadi apa" lalu disambung
seorang lagi dengan berkata "makin teruk ada la".



Sebelum ini negara kecoh dengan kenyataan Penasihat Agama Menteri Besar
Terengganu, Kamal Saidin dan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mempersenda
hukum Allah SWT dalam Majlis Wacana Hudud di Wisma MCA baru-baru ini
sedang beliau tiada autoriti untuk bercakap mengenai hukum Islam.



Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ust Fathul Bari selaku Pengerusi Sekretariat
Ulama Muda Umno sebagai salah seorang panel.



Belum pun reda dengan isu itu, umat Islam sekali lagi dicabar dengan penghinaan
hukum Allah melalui drama pendek tersebut.



Apa yang dikesalkan kata Nasruddin, kebebasan berkarya digunakan untuk menghina
hukum Allah SWT sedang mereka tanpa segan silu menikmati segala macam kemudahan, keselesaan dan nikmat anugerah Allah SWT di atas muka bumi ini.



"Pelaku yang mendalangi penghinaan terancang terhadap hukum Allah SWT
sedang berdepan dengan satu tanggungjawab yang sangat berat.



"Saya terlebih dahulu mewakili DPPM mengharapkan dalang dan para pelakon
muslimnya bertaubat kepada Allah SWT dan kembali ke pangkalan jalan," katanya.

keratan akbar ......

ini lah video yang dimaksyd kan ...link dibawah ini...
Siapa di sebalik video Sembang Rakyat yang menghina Islam? Ikuti pendedahan menarik di